Saturday, February 20, 2010

if u lahad datu locally, u have to read for ur own sake!!

Apa masalah org Lahad Datu? Jenayah? Kerata sapu? PTI? Penjaja Haram? Sampah? Sebut saja.. Ini adalah antaranya.. lagi pun bandar ini rosak dek kerana penguasa2 yg mewakili kerajaan sifatnya tahan dengan kutukan dan bahana rasuah. Klu mahu bercerita fasal hukum, sy bukan orgnya. Tapi klu mahu bercerita perkara2 salah yg ketara dan org ini kita jgn terkejut klu2 dibaling bukan lagi dengan selipar, malah pihak tuan boleh la letakkan apa barang pun asalkan lebih teruk dari selipar. Erm.. adakah masalah dengan Pakatan Pembangkang? Wah ini cerita politik. Kita ringkaskan saja. Pilihanraya Umum 13 BN menang. Itu kenyataan yg bole pakai sekarang. Takut semua ini bertukar arah sekelip mata. Jadi sila AMBIL IKHTIBAR terutama sekali pihak Perdana Menteri Malaysia Datu Seri Najib Tun Razak selaku peneraju BN.

Kerugian yg rakyat telan tanpa ada pilihan berupa ratusan ribu sehari, semuanya banyak berakhir di KESESAKAN JALAN RAYA, PUNCA ELETRIK dan BEKALAN AIR yg terlalu tidak masuk akal. Rasa amarah sy ini sy zahirkan bukan lah utk apa2 kepentingan, kerana siapalah sy ini, seorang penganggur yg ada talian internet di rumahnya. Seorang yg turut terlibat rugi dengan ke'gampang'kan kerajaan yg dizahirkan di Sabah. Jujur sy katakan, sekalipun seorang penganggur macam sy ini, tiga perkara 'lagha' diatas merugikan sy. Banyak melibatkan masa. Hanyasanya kerana MASA, begitu ramai antara kita dalam kerugian (al-'Asr)- Nbmz

Org yahudi sifatnya suka berdalih dan banyak soal dengan tujuan menolak kebenaran yg telah jelas nyata sekalipun didepan mata. Jadi apa bezanya dengan keadaan kesengsaraan rakyat Lahad Datu yg sentiasa ada sahaja suara2 mengatakan kerajaan itu ini begitu dan begini menzahirkan yg kerajaan tidak salah? Apa beza suara2 ini dengan bangsa itu? Secara jujur, sy tidak pernah declare kita yahudi, tapi sifat bangsa ini ada dikalangan setiap rakyat 1Malaysia, terutama sekali diri saya ini. Mohon Allah swt selamatkan sy dan mereka yg mengikut pilihan kasih sayang-NYA.

Pihak kerajaan ini terlalu berasa selesa dengan keadaannya skrg, tidak mengapalah jika semua org menyalahkan sy dan menyokong tindakan kerajaan sekalipun kesemua petikan di atas ada jawapan balas atau sy tidak sedar ada kebaikannya. Pihak kerajaan ini perlu ditegur dengan merubah satu pihak kepada pihak yg lain. Perlunya ada suara2 berterusan sehingga keadaan ini ditidakkan. Kita terlalu bodoh dengan semua ini. Klu la ada antara kita yg sedar betapa buruk dan jeleknya pentadbiran kerajaan yg diterjemah di Lahad Datu, sy sangat yakin dan pasti kita tidak bisa tidur malam. Kita masih boleh selesa dan lena tidur bersemayan bersama keburukan dan kejelekan yg bertebaran disetiap ruang di Lahad Datu? Lahaulawalaquwaitah illah billah!

Klu kerajaan ini kekal begini tanpa perubahan pentadbiran terhadap agensi2 kerajaan di bawahnya, terutama sekali para pendukung pemimpinnya, Lahad Datu tidak akan berubah. Tidak mustahil dia akan jadi sarang transit SEMUA JENIS JENAYAH melibatkan Filipina, Indonesia, Malaysia dan seluruh dunia amnya. Sampai masanya Lahad Datu akan jadi satu daerah yg paling bermasalah di Malaysia, akan jadi tempat di mana idea2 jahat yg terbit dari parti2 politik sedia ada dan bakal wujud yg begitu mudah di zahirkan untuk melumpuhkan Malaysia secara keseluruhannya-Nbmz. Takut dengan semua keadaan ini? Semua ini terlalu mudah bagiNYA.

Marilah merubah suasana. Tidakkan berubah satu2 daerah atau negara itu melainkan perubahan yg berserta dengan keinginan dan usaha. Sebabnya, bila ada dua benda ini, Lahad Datu terlalu mudah untuk jadi lebih baik dari Putrajaya atau mana2 penempatan paling elit di dunia dengan izinNYA - I/allah.

p/s Sebagai orang Islam dan manusia lain amnya, Lahad Datu terdapat khazanah yg paling bernilai di Malaysia melebihi dunia ini dan seisinya bila kena pada tempatnya. Cuma akal kita tidak sampai ke 'sana'.

-bersama lafaz tasbih kifarah & surah al-'Asr-

Tuesday, January 19, 2010

Dasar Pakatan Rakyat

Hubungan Persekutuan dan Negeri (Sabah). Pakatan Rakyat akan :

1. Memastikan khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20% daripada pendapatan petroleum mereka.

2. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja demi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu pendatang asing.... See More

3. Menjamin hak Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli oleh mana-mana pihak.

4. Menghentikan dengan serta-merta penindasan terhadap rakyat kawasan pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.

p/s org yg terlibat dalam bentuk Dasar Pakatan Rakyat mengenai Sabah ini, lebih baik letak jawatan atau tinggal di Sabah paling tidak 4 tahun. Terlalu banyak yg terlepas pandang. Sangat memilukan. Org terbabit jugak mahir dalam sastera, kerana kemahiran nak tackle masalah rakyat Sabah ianya zero. Seolah2 berterus terang yg pihaknya akan membawa punah dan ranah utk Sabah. Cuba lah buat, macamana seorang tukang sapu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu boleh melancong sekali setahun. Tak faham lagi??!! Tapi biasalah, masa bentuk dasar, kadang2 dasar itu dasar suasana. Bila tiba masa PRU, maka bagai la akal cara utk menang sedangkan pokok perjuangan adalah melalui dasar yg telah dibentuk. 4 perkara ini, adalah perkara2 glamour dan mmg menjadi kewajipan Kerajaan Persekutuan. Kenapa ini yg dipilih? Kali ni patutnya bukan baling selipar, kasi ikat dengan tali seret dari Kota kinabalu sampai Tawau. Itu lebih baik dari menanggung derita yg tak berkesudahan rakyat Sabah ini sejak Merdeka. Sedar atau tidak, semua pihak berada dalam kasihan yg amat. Kasihan dengan tanggungjawab, kasihan dengan derita. Barang yg pasti tuntutan akan tetap berlaku sebelum dan selepas hidup ini. Harap diri sy dan tuan2 terlepas dari tuntutan. Amin.

Wednesday, November 18, 2009

dialog mengenai DSAI setakat 18 November 2009


dialog ini ditulis di ruangan facebook antara dua insan yg langsung tidak mengenali antara satu sama lain.. watak dua insan ini termasuk saya sendiri dan seorang yg membahasakan diri sebagai "Anwar Ibrahim Politik Lalang (AIPL)". secara jujur, sehingga waktu ini, sy masih tidak mengerti maksud AIPL. asalnya, sbb rasa tidak mengerti, sy letak satu komentar di wall AIPL utk menarik perhatiannya. demikian komentar sy :

" DSAI kena serang luar dalam, kiri dan kanan.. nk ku defend tapi tiada alasan kerana apa? yg ada pun kerana kenangan dan senyumannya. melainkan DSAI boleh buktikan sesuatu lagi. aku pn sebenarnya tunggu itu klu ada.. tuan tanah bagaimana? "

tuan tanah yg sy maksudkan ialah AIPL sendiri, x smpi 3 minit terus saja di reply oleh beliau. maka bermulalah dialog2 dlm bentuk komentar yg demikian berlanjutan. harap kita semua dapat mengesan moral atau apa saja yg boleh dianggap baik atas maksud pengajaran dari dialog2 ini. berani sekali sy tekankan, politik yg berkisar dalam konteks negara kita malaysia berkisar dari kelemahan2 yg akan tertulis dari komentar2 yg sy maksudkan seperti di bwh ini :


AIPL :
...

AIPL :
...
Agama, Negara dan Bangsa adalah keutamaan...
Peribadi bukan perkara yang penting...

AKU :
bukan pasal peribadi bos, ini pasal gov boleh swing. klu pasal peribadi, aku lagi ambil berat pasal masalah peribadi mak dan bapak aku.. tapi tu la kan, sementara kita masih mampu berhujah, kita berhujah x kisah siapa jadi arang, siapa jadi abu.. jgn emo ya bang. kita saudara..

AIPL :
tak lah bro...
cuma tak nak terseret dalam perang mempertahankan individu...
kalau boleh biar yang dasar...
yang salah tetap salah......
yang betul kita bantu dan sokong...
matlamatnya satu...
memartabatkan Agama, Negara dan Bangsa...

AKU :
erm betul.. tapi kan bro, klu aku pilih agama solid saja, apa kata bro? sy serius ni.. misalnya buat kerja dakwah, ikut sunnah. yg politik2 ni apa pandangan bro bila kita letak agama yg utama? ya betul, kita jgn tolak dunia.. ianya perlu sebagai jambatan kan. ulang soalan tadi bro, apa kesudahan politik bila kita junjung agama? sekadar soalan sj ya. kita dua @ siapa2 saja jgn la terlalu serius.. ;-)

AIPL :
...
kalau dirujuk kaedah untuk membangunkan Negara Islam...
politik adalah satu daripada elemennya...
bererti tidak boleh dinafikan keperluan peranan politik...
hanya apakah politik Islam yang sebenar......
politik hampir bererti perlindungan terhadap hak...
andai tiada politik...
mungkin perjuangan kita umpama telur tanpa cengkerang...
wallahualam...

AKU :
erm.. sebelum ni mmg ada fikir mcm tu tp lupa. bila bro sebut terus teringat balik. ini jugak jawapan yg aku carik. nabi saw juga berpolitik.. tp klu mau apply d msia neh mmg mujahadah.. pelan2 la kita kayuh dayung. agak2 sampan bole menyusur dari hulu terus ke hilir langsung jumpa lautan yg bebas..

AIPL :
setuju bro...
yg kini dilupakan ialah kekuatan berjamaah...
rakyat selalu fikir kekuatan pemimpin...
sebenarnya ialah kekuatan jamaah yang mendorong pemimpin...

AKU :
benar bro. k la.. mari kita sama2 istigfar atas semua ini..

astagfirullah alazim..

-salam-

AIPL :
...
astagfirullah alazim..

-salam-

demikian dialog2 diatas. ada kesan? xde xpe.. tepuk dada tanya la iman. jgn tanya aiman anak makcik bedah sebelah rumah pak ayob. kang sia2 saje sbb "aiman tak kisah"

Tuesday, November 17, 2009

kita dibayangi lapan perkara sehingga kita diistihar fasik



Katakanlah (wahai Muhammad):

Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya);kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Monday, November 16, 2009

cerita herbalife dan seorang awek bernama haida

lokasi : dalam bilik rumah sewa unisel. lorong teratai 4, 164B
server : ym
watak : deus dan saudaraku dali
masa kejadian : sekitar 4-5 petang pada 4 hb di bulan september tahun 2008

globe_hope: (senyum)
globe_hope: selamat
zildjian_82: eleh...
zildjian_82: penat puasa ker..
globe_hope: ko ble nk dtng cni?
globe_hope: aku nk belanje ni
globe_hope: xla
globe_hope: x penat
zildjian_82: ah...
zildjian_82: hujan laa...
globe_hope: aku xde hal pose2 ni, lg aku suke
zildjian_82: poyo giler..
globe_hope: seriez la
globe_hope: sape ade sane?
zildjian_82: aku n odi.. serta budak baru..
zildjian_82: bosan siot..
globe_hope: ooooo
globe_hope: daus ade?
globe_hope: dali...
zildjian_82: daus kuar..
zildjian_82: herbalife...
globe_hope: ko masuk heblife kn?
globe_hope: masyuk x?
zildjian_82: aku x jual pun..
zildjian_82: diorg yg jual...
zildjian_82: deus
globe_hope: yeye je
globe_hope: bkn ko ke yg jual
globe_hope: daus cam ajk aku masuk
globe_hope: x pasti lg
zildjian_82: aku nk jual... tp xde org nk beli..
globe_hope: ko jgn bgatu seape
globe_hope: heeh..
globe_hope: ko dan2 je
zildjian_82: masuk jer laa beb
zildjian_82: masyuk...
zildjian_82: kalu ko rajin laa...
zildjian_82: jgn kan swift..
globe_hope: ko rajin x?
zildjian_82: bmw pun boleh
zildjian_82: x..
globe_hope: aku bkn nk kaye
globe_hope: aku nk cukup mkn je
globe_hope: lepas duit mkn n rokok je
globe_hope: niat kite kene btl
zildjian_82: laa....
globe_hope: hehe..
globe_hope: poyo lak aku
zildjian_82: tau xpe...
zildjian_82: geli aku..
globe_hope: ko msuk dpt bpe?
globe_hope: yanye ikhlas ni
zildjian_82: aku xdpt ape pun...
zildjian_82: coz aku x jual...
zildjian_82: serius..
zildjian_82: aku pun x tau herbalife nie pun...
zildjian_82: dulu tolong menyibuk jer..
globe_hope: x tau'?
globe_hope: dan2 je ko ni
zildjian_82: xpe laa
globe_hope: ko dtng la cni
zildjian_82: kalu ko x nk pervcaya
globe_hope: ko leh council aku
globe_hope: nnti aku blnje ko
zildjian_82: insyaallah
globe_hope: yela dali
globe_hope: xpela
zildjian_82: eh geli laa aku..
zildjian_82: hujan laa beb
globe_hope: :((
zildjian_82: cm ner nie...
globe_hope: ok,,
globe_hope: nnti xx hujan grak
globe_hope: dali
zildjian_82: sape ade umah
globe_hope: ko nak tau cite psl haida x?
zildjian_82: yup..
globe_hope: sume ade
zildjian_82: ah ape die
globe_hope: tp x leh cite kat cni
globe_hope: bahaye
globe_hope: tnggu ko dtng
globe_hope: leh slowtalk
zildjian_82: citer jer laa
zildjian_82: hek eleh
zildjian_82: x nk citer pulak
globe_hope: nnti ko bgtau die
zildjian_82: xpe laa deus.
zildjian_82: ko x percaya kat aku...
globe_hope: ok
globe_hope: janji tau
zildjian_82: janji..
zildjian_82: citer laa
globe_hope: ko tau die nk couple dah
zildjian_82: dgn?
globe_hope: bdk mekatronik, junior aku
zildjian_82: haa....
zildjian_82: biar betol...
globe_hope: yezzza
globe_hope: ko pn x tau
globe_hope: tp jgn bgatu sape2 ek
zildjian_82: aku rasa aku kenal mamat tu...
globe_hope: sname die khusairi
zildjian_82: coz aku penah breakfast ngan die
globe_hope: aku x cam die
zildjian_82: x sangka pulak sampai dh nk couple..
globe_hope: bdk mane?
globe_hope: ko rase aku cm x?
zildjian_82: budak tu naik wira aeroback..
zildjian_82: itu lah ko...
zildjian_82: lambat
zildjian_82: kan dh kena sambar...
globe_hope: yela
globe_hope: ehhhhhh
globe_hope: cm2 plak
globe_hope: aku x nk la haida
zildjian_82: ko kenal ker budak tu beb
globe_hope: aku mcm2 dah dgr cite psl haida drpp seseorng
zildjian_82: mane ko dpt story nie beb
zildjian_82: hek eleh
zildjian_82: citer laa betul2...
zildjian_82: pehal nk sorok2 dr aku nie
globe_hope: cite yg buruk psl haida
globe_hope: jgn bgatu die
globe_hope: aku dengar pn aku csm x caye
globe_hope: ko mesti x tau nye
globe_hope: aku mls nk kecoh2
zildjian_82: sape citer kat ko?
zildjian_82: citer buruk?
zildjian_82: ape yg buruk beb
globe_hope: ko pn xleh tau\
globe_hope: bhaye
globe_hope: sape 2 pun rahsie
zildjian_82: ikut ko laa deus...
globe_hope: aku kdng2 rase cm nk nasihat haida pn ade, tp x smpi ati
globe_hope: ko mcm mrh je dali
globe_hope: relax la beb
globe_hope: :-h
zildjian_82: bukan marah beb
zildjian_82: ko mcm berahsia ngan aku jer...
globe_hope: abih 2
globe_hope: 2 la aku suro ko dtng cni
globe_hope: kalo sembng mulut lg safe
zildjian_82: there's nothing to worried beb
zildjian_82: ape lagi yg ko nk citer kat aku?
globe_hope: lagi?
globe_hope: mksd ko
zildjian_82: pae lg yg ko tau pasal haida..
zildjian_82: ape lg yg ko tau pasal haida..
globe_hope: ooo...
globe_hope: that's all
globe_hope: aku x tau nk caye ke x psl 2
zildjian_82: hmmm...
zildjian_82: aku pun x tau dari mane sumber yg ko dpt..
zildjian_82: so aku x tau cm ner nak comment
zildjian_82: ko nk aku tanye haida sendiri ker..
zildjian_82: aku rasa...
zildjian_82: pelik...
globe_hope: yg penting aku xnk la sbelahi mane2 pihak
globe_hope: 2;a
globe_hope: 2 la
globe_hope: xpe
globe_hope: sumber x kesah
globe_hope: ko comment la kt profile aku
globe_hope: jgn
globe_hope: jgn!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
globe_hope: bahaye dali
globe_hope: impak die besar kat haida nnti
zildjian_82: ok...
zildjian_82: aku faham...
globe_hope: ini bole sbbkn mental die down
globe_hope: lgpn ni last sem
zildjian_82: haa...
zildjian_82: sampai cm tu sekali...
zildjian_82: ko nie...
globe_hope: kalo ye pn, abskn la degree dlu
zildjian_82: rapat giler ngan haida...
globe_hope: xla
zildjian_82: samapi aku pun x tau nie...
zildjian_82: hmmm...
zildjian_82: :-?
globe_hope: bkn haida gtau aku
globe_hope: orng len
zildjian_82: ko mcm frust jer beb
zildjian_82: come on...
zildjian_82: luahkan
globe_hope: aku rase mrh gak pn ade kalo orng ckp haida cm2, coz die orng jhr same ngan aku
globe_hope: xkn la die cm2
zildjian_82: i am a good listener
globe_hope: mane de frust
globe_hope: aku tau cite ni dah lame dali
globe_hope: aku tgk haida 2 kn, die cm desperate nk berteman je
globe_hope: pelik aku
zildjian_82: hmmm...
zildjian_82: patut laa...
zildjian_82: die ade bg signal kat aku...'
zildjian_82: cuma aku jer x faham..
zildjian_82: hmmm....
zildjian_82: skrg aku dh faham..
globe_hope: ko ni pk ape?
globe_hope: signal pe?
zildjian_82: paper sigal
zildjian_82: paper signal..
globe_hope: signal pe
globe_hope: 2 la ko
globe_hope: kalo ko jd bf die kn setel,
globe_hope: ko bole bimbing die ke jln yg benar
zildjian_82: sape lah aku ini deus..
globe_hope: alaaa..
globe_hope: ko mane tau hati n perasaan die
globe_hope: ko x try lg
globe_hope: bkl blak die ni cmne?
globe_hope: ok ke?
zildjian_82: hmmm..
zildjian_82: aku pun x tau beliau mcm mane...
zildjian_82: bakal balak die...
globe_hope: yg mane ek?
globe_hope: mamat 2 ngan aku mane tnggi?
zildjian_82: makne nye...
zildjian_82: belum couple lg laa eh
zildjian_82: n ..
zildjian_82: akan couple ngan beliau...
zildjian_82: ini hot beb
zildjian_82: ko laa lg tinggi....
zildjian_82: tp ..
globe_hope: yezzzzzzzzaaaaaaaaa
globe_hope: hot nape?
zildjian_82: ko lg hensem...
zildjian_82: mcm mane aku leh x tau citer nie...
zildjian_82: aku xtau ape yg terbaik utk diri nye..
zildjian_82: mane ko pegi beb
globe_hope: hahaha..
globe_hope: x bole bla
globe_hope: aku ni smph
globe_hope: die ckp ko pn x tau lg
globe_hope: tp ko jgn gtau die
globe_hope: seriez ni
globe_hope: pegi?
globe_hope: pegi mane?
globe_hope: ?
zildjian_82: aku xde ruang laa....
zildjian_82: dh laa jarang ym...
zildjian_82: die ade ckp ...
zildjian_82: die nk citer something...
zildjian_82: tp aku xde masa...
globe_hope: hehee,,
zildjian_82: aku harap yg terbaik lah utk beliau...
zildjian_82: pesal ko gelak pulak...
zildjian_82: aku seriuz nie..
globe_hope: die nk ckp yg die suke kat ko aku rase
globe_hope: hehe..
globe_hope: mamat 2 pki wira merah?
globe_hope: aku kenal ke?
zildjian_82: mane laa aku tau ko kenal ker x...
zildjian_82: yg pasti aku kenal die...
zildjian_82: pakai wira meroon..
globe_hope: yg mane ek
zildjian_82: ko kenal x apai, mie, megat n mie...
zildjian_82: budak mechanical...
zildjian_82: housemate diorg...
globe_hope: apai bdk mekanikal?
globe_hope: yg besar 2 tu?
zildjian_82: yup..
globe_hope: ntah
globe_hope: yg mane
globe_hope: pki spek?
zildjian_82: yezza
globe_hope: bdn besar2
globe_hope: bkn ke bdk mekanikal?
zildjian_82: exactly
zildjian_82: housemate apai...
globe_hope: ntah
globe_hope: mekanikal ke mektronik/./
zildjian_82: apai mechanical...
zildjian_82: budak nye mechatronic..
zildjian_82: satu claz robot ngan aku
globe_hope: ko ade frnstr die?
globe_hope: aku curious nk tau ni
globe_hope: hahaha...
zildjian_82: xde lak fs die...
zildjian_82: cube ko search kat kwn2 die..
globe_hope: ko la tlng searchkn
globe_hope: aku x kenal die
globe_hope: aku men agk2 je
globe_hope: hehe...
zildjian_82: orite..
zildjian_82: nant aku search kan tok ko...
globe_hope: nnti?
zildjian_82: nk skrg ker beb
globe_hope: bole gak
globe_hope: kebetulan cm bosan ni
globe_hope: hehe..
zildjian_82: amboi3...
zildjian_82: curious giler..
globe_hope: xdela
globe_hope: saje je
globe_hope: xde mksd len
zildjian_82: x jumpe laa beb...
globe_hope: xpela
globe_hope: saje je
globe_hope: ko 2 jage la die bek2
globe_hope: ko kn teman tp mesre die
zildjian_82: teman tp mesra terus..
globe_hope: yela
globe_hope: dali
globe_hope: jom la dyng cni
globe_hope: dtng
zildjian_82: hujan laa...
zildjian_82: mmg laa best bukak pose sekali...
globe_hope: ok
globe_hope: kalo x hjn pastikn dtng
zildjian_82: tp cuaca x mengizinkan...
zildjian_82: insyaalah...
zildjian_82: ko pulak
globe_hope: aku nk lepak jap
globe_hope: ok
globe_hope: askum
zildjian_82: bile nk bukak pose kat umah kau...
zildjian_82: bile nk bukak pose umah aku?
globe_hope: rmh aku
globe_hope: ok
globe_hope: askum
zildjian_82: wslm

Saturday, October 24, 2009

konvokesyen

31 Oktober 2009 hari gembira bt pelajar kejuruteraan Unisel yg akan mengikuti Istiadat Konvokesyen ke-4. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt atas kasih dan sayangnya pd akhirnya layak jugak la insan yg bukan apa2 seperti aku ini, utk sama2 mengikuti istiadat tersebut.

Hatta, anugerah tetap anugerah pd yg layak, antara natijah diatas semua ini perkongsian rasa gembira bersama ibu bapa dan kaum keluarga yg tersayang dan dicintai. Kegembiraan bersama rakan2 seperjuangan pada hari penganugerahan mmg cukup mengharukan. Namun, episod2 gembira ini bukanlah antara episod yg menjadi kemestian dalam benak sanubariku. Jika ditanya secara terus, mmg la gejolak perasaan ini bersungguh2 utk ikut bersama berkongsi hari bahagia itu nanti, tapi sekali lagi, itu hanyalah perasaan dan keinginan sebagai seorang yg layak utknya..

Tulisan2 diatas perlu kujelaskan pada rakan2 seperjuanganku yg notis, tidak dpt bersama kalian utk turut serta atas bebetapa sebab antaranya :
i. Mak aku mahu tahun 2010 depan beb. Fulus tidak mengizinkan
ii. Masa yg pendek utk buat persediaan batalion dari Sabah datang ke Selangor
iii. Masa yg singkat jugak utk aku buat clearance terhadap 5 perkara tuntutan Unisel mcm clearance dr library, fakulti, Jananiaga dan yg plg berat dari bendahari.
iv. Kenyataan “sifat ilmu itu di dalam HATI, bukan utk di ISHTIHAR” - 25477

Sebab dr i hingga iii bukan la sbb yg apa2, lebih kepada halangan2 duniawi gitu, tapi yg no iv tu dalam maksud dan pengertiannya. Patut kah no iv aku letakkan sebagai alasan utama? Jawapannya YA. Lantas segera aku mengimbas rentetan di zaman persekolahan ku sebelum ini sejak seawall darjah 1 hinggalah ke tahun 2009 ini. Sifat pengistiharan ilmu itu dapat dapat kuterangkan melalui beberapa peristiwa di bawah berserta keterangannya :

i. Pelajar terbaik UPSR Sek Keb Pekan II 1994
Keterangan :
-seingat aku ada sijil dan diumumkan semasa perhimpunan mingguan sekolah. MasyaAllah aku sendiri pun tdk tahu nama yg diumum hari itu nama aku sbb aku sendiri tidak terfikir smpi ketahap itu.
-tidak hadir / tiada istiadat rasmi

ii. Pelajar terbaik SPM Sek Men Teknik LD 1997
Keterangan :
-tidak hadir majlis anugerah pelajar cemerlang walaupun cikgu pen kanan HEM dtg depan rumah jemput. Alasannya merajuk dengan pengetua Eko Sukohidayat Sunarto sbb beliau dengan kuasa yg ada telah menjatuhkan hukum buang sekolah terhadap ku

iii. Istiadat Konvokesyen Politeknik Kota Kinabalu 2003
Keterangan :
-tidak hadir istiadat
-tidak tahu langsung bila masa konvo dan di mana berlangsung. Pendek kata masa itu aku mmg tdk ambil tahu

iv. Istiadat konvokesyen unisel yg pertama kut.. masa tu tahun 2005
Keterangan :
-anugerah utk Asas Sains
-ada surat jemputan utk konvo, tidak diisi dan tidak hadir

Dan kini tibalah kehadiran Istiadat Konvokesyen Unisel ke-4 di tahun 2009 ini, tahun dimana kegembiraan, keadaaan dan keterujaannya sama dengan keempat2 peristiwa pengistiharan ilmu sebelum ini. Persoalannya, adakah aku akan mengikuti istiadat yg akan berlansung dalam waktu seminggu ini (31 Oktober 2009). Bila Tanya sama pokok, apa sebab goncang, nanti jawab pokok angin yg goncang.. itu tanya pokok, klu tanya hatiku.. ianya sama seklai tidak bergoncang hanya kerana terlepas buat kali yg ke-5. Pengalaman yg lepas ditambah pula sifat ilmu itu sendiri yg bukan utk diistihar.. maka aku berdamai dengan perasaaan ku ini.

Moralnya, selama tempoh 20 tahun aku di alam berpendidikan, ada jugak terselit nilai murni yg kejadiannya utk direnungkan bersama. Bukan utk siapa2 sebenarnya, malah suka aku menegur dan menasihati org pertama adalah diri aku sendiri dan dengan itu :

“Sekarang adalah masanya utk kita menyerahkan pengetahuan yg diluar kemampuan kita kpd Allah swt disetiap masa dan ketika dengan sedar bahawa semua ketentuan baik pada masa yg lepas, masa kini atau yg akan datang semuanya serba berada di dalam Qadak dan Qadarnya.. Cuma dalam pada itu, bersama kita selalu mempertingkatkan amal dan taqwa kita sesuai sebagai fitrah kita sebagai khalifah di alam yg fana ini - 25477”

Dapat bersama mengikuti konvokesyen bukan lah sesuatu yg apa2, melebihkan tidak bersama mengikutinya.. melebihkan ia juga bukan apa2..

cinta yang zalim

Cinta yg zalim (pada yg belum dijiabkabul)

Bercinta lah berapa lama pun, berkasih lah hingga hujung nyawa sekalipun.. hakikatnya perasaan cinta yg hadir itu begitu zalim. Ketiadaan pengetahuan dan keupayaan kita utk mengetahui siapakah calon sebenar suami / isteri kita menjurus kepada zalimnya cinta itu krn pengetahuan itu hanya ada pada Allah swt – 25477

Bayangkan saja, percintaan yg berkelangsungan ada yg sampai 10 tahun, malah hati budi, keluarga dan pelbagai cerita sdh dikongsi antara pasangan bercinta ditahap itu. Sampai satu tahap apabila pasangan anda berbohong, anda boleh saja tahu pembohongan itu berlaku, jika lebih hebat, malah boleh tahu satu pembohongan akan berlaku. Tapi pastikah kita bahawa si dia adalah org yg bakal menjadi teman hidup atas nama suami / isteri kita yg sah. Kepastian anda terjawab bila saja perkataan “sah” terungkap dari para wali hakim pernikahan kita. Jika sehingga sebelum saat itu tiba, cinta itu mmg sentiasa zalim.

Zalimnya cinta itu, apabila kasih kita terputus sebelum smpi waktunya, terputus dikala kepastian bahwa si dia la pasangan hidup kita, terputus di kala kita sdh meletakkan beberapa harapan dan pengorbanan yg kita tidak pernah terfikir utk meletakkan diri kita sedemikian rupa. Zalimnya cinta itu bila kita tidak meletakkan nas dan nilai agama bersamanya. Bila saja perpisahan itu berlaku, maka cinta itu begitu ZALIM.

bajet 2010

Sedikit harapan dalam pelaksanaan bajet 2010

i. Isu2 yg menghalang / kekangan ekonomi perlu diselesaikan. Apa jenis kekangan itu? Apa saja yg dilihat mengekang contohnya prosedur permohonan, pinjaman, geran, baucer dan semacam dua macam lagi.

ii. Atas kertas banyak prosedur2 permohonan ini tampak mudah, tapi bila dipraktik dan diamalikan, ianya dilihat begitu sukar. Yg dpt nama pada walnya hanyalah kerajaan dimana mengwar2kan kemudahan itu dan ini sehinggakan ianya hanya tinggal indah khabar dari rupa. Contohnya yg melibatkan permohonan terhadap geran2 kerajaan utk penyelidikan mahasiswa2 universiti, di mana prosedur yg panjang dan memeningkan hingga sampai satu tahap tempoh klimaks suatu penyelidikan berlalu dan sdh tidak sesuai lagi utk geran tersebut dikeluarkan. Contoh kajian seperti pengurusan system traffic di bandar2 yg mana skop kajian memerlukan 6 bulan ke setahun skop kajiannya, tp berlalu dan berubah2 dari masa ke semasa hanya kerana ketiadaan dana utk kajian walaupun ada penglibatan sukarela.

iii. Kepengantungan kepada negara asing. Negara kita secara 1Malaysianya perlu keluar dari kepergangtunggan ini.

iv. Kumpulan sasaran bantuan / subsidi kerajaan. Wajiblah ianya tepat kepada kumpulan yg betul2 layak menerimanya. Industri IKS contohnya, bagi yg sedia kaya tu bagi la peluang kpd mereka yg baru mahu berkecimpung dalam dunia ekonomi berkeuntungan. Tradisinya, individi / rakyat di Negara kita ini klu ada peluang bolt harta, maka dibolot lah tanpa memperdulikan norma2 / moral yg baik. Semua dilanggar! Kita ambil satu kisah mengenai pembahagian subsidi nelayan. 80% drpd jumlah bantuan subsidi kerajaan utk golongan nelayan miskin habis dibolot oleh 20% nelayan yg sedia azalinya kaya. Dan baki 20% subsidi kerajaan itu hanya sampai kepada 80% nelayan yg rata2 mmg diiktiraf miskin. Kisah ini fakta dan berlaku, ianya seolah2 sebuku roti dimakan oleh 4 org dan dalam masa yg sama ada 4 roti di makan hanya seorang individu.

Klu betul Pakatan Rakyat ikhlas, ini la kerja dan usaha yg perlu diambil perhatian. Meluruskan semua jalan yg bengkok didalam kerajaan. Membantu di mana kepincangan. Selepas PRU-12 sehingga sekarang PR lebih menumpu bagaimana menjatuhkan kerajaan. Ini tidak betul. Aku menyokong adanya PR dalam menegur apa bentuk salahtadbir kerajaan BN. Tapi menjaga rakyat Malaysia seluruhnya, PR perlu bertanggungjawab menyokong apa jua bentuk mensejahterakan rakyat tidak kisah dari parti apa ideology itu. Angkat mandat rakyat. Junjung kepentingan rakyat, bukan kepentingan peribadi. Perhatian lebih kepada negeri Sabah & Sarawak yg seperti anak tiri di persekutuan. TQ

Tuesday, October 6, 2009

Allah swt tambah nikmat di atas sifat syukur

Sedar atau tidak, hidup manusia di alam fana ini tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rahmat Allah.

Nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang. Ini jelas dinyatakan Allah dalam firman-Nya bermaksud:-

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." -
(Surah an-Nahl, ayat 18)

Meneliti kejadian dan kurniaan anggota badan utama pada tubuh manusia seperti kaki, tangan, perut, mulut, telinga, hidung dan mata, sudah cukup bagi kita membuat kesimpulan betapa berkuasa, agung dan murahnya Allah serta betapa lemah dan tidak berdayanya manusia yang menghuni alam fana ini.

Anggota badan itu pula dijadikan Allah dengan rapi dan lengkap serta dapat bergerak dan berfungsi serentak pada waktu sama. Sambil melihat, kita dapat bercakap, mendengar, menghidu, berjalan dan sebagainya.

Imam Al Ghazali mendefinasikan nikmat itu sebagai: setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup 'ukhrawi' - 'hari akhirat yang kekal abadi.'

Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah kepada setiap orang manusia dapat dibahagikan kepada dua iaitu:

1) Nikmat bersifat 'fitri' atau asasi iaitu nikmat yang dibawa oleh manusia ketika dilahirkan lagi.

2) Nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima dan dirasakan dari masa ke semasa.

Nikmat bersifat fitri atau asasi itu digambarkan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud:

"Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur - berterima kasih." - (Surah an-Nahl, ayat 78)

Sesungguhnya manusia ini dilahirkan ke dunia dalam keadaan bertelanjang bulat. Tetapi dilengkapi dengan alat yang diperlukan dalam perjuangan hidup ini.

Dalam ayat di atas, yang dimaksudkan dengan kelengkapan itu ialah telinga, mata dan hati (akal).

Ada pun nikmat yang kedua iaitu nikmat yang dianggap mendatang itu ialah segala kenikmatan, kelazatan, kebahagiaan dan sebagainya yang diterima oleh manusia dalam perjalanan hidupnya.

Segala sesuatu yang ada dalam alam ini, bermula daripada tanam tanaman sampailah kepada binatang ternakan dan barang logam, semuanya diperuntukkan supaya dapat dimanfaatkan oleh manusia.

Keadaan dan kenyataan ini dijelaskan oleh Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Dan sebagai tanda untuk mereka ialah bumi yang mati (kering), Kami hidupkan dan Kami keluarkan dari dalamnya buah tanam-tanaman sebahagiannya mereka makan. Dan Kami adakan padanya kebun kurma dan anggur.

"Dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air supaya mereka dapat makan buahnya. Semua itu bukanlah (hanya) usaha tangan mereka. Mengapa mereka tidak bersyukur." - (Surah Yasin, ayat 31 hingga 35)

Lumrahnya, seseorang manusia itu hanya akan menyedari nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang atau terlepas daripadanya (dicabut oleh Tuhan kembali).

Andai kata matanya rosak sebelah, kakinya patah, kakinya kudung atau seumpama itu berlaku ke atas dirinya, maka ketika itu barulah berasa sungguh-sungguh bagaimana nikmatnya mempunyai dua biji mata, mempunyai kaki dan tangan tidak cacat.

Sesungguhnya nikmat kesihatan betul-betul dirasai apabila kita sakit.

Seorang yang berkuasa atau berpangkat akan berasa nikmat memegang kuasa dan pangkat selepas jatuh atau dipecat daripada kekuasaan serta jawatan yang disandangnya hilang.

Seorang hartawan apabila jatuh miskin dan melarat, maka akan rasa bersalah olehnya bagaimana besarnya nikmat kekayaan yang pernah dikecapinya itu.

Oleh itu peliharalah setiap nikmat diperolehi. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Allah Yang Maha Kuasa supaya nikmat itu akan terus dikekalkan-Nya.

Syukur dapat diertikan sebagai: Mengerti bahawa semua nikmat yang ada pada diri seseorang hamba, baik yang lahir mahu pun yang batin, semuanya daripada Allah sebagai pemberian daripada-Nya.

Tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila gembira wujudnya nikmat pada dirinya, yang melorongkan jalan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepada-Nya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil saja.

Sesungguhnya bersyukur kepada Allah adalah perbuatan wajib ke atas setiap manusia. Ini jelas daripada firman-Nya bermaksud:-

"Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya." - (Surah an-Nahl, ayat 144)

Lawan syukur ialah kufur. Seseorang yang menggunakan nikmat ini pada tempat bertentangan dengan tujuan penciptaannya, maka sebenarnya mengkufuri nikmat Allah yang menganugerahkan nikmat itu kepadanya.

Seseorang yang memukul orang lain dengan tangannya, maka orang itu dikira mengkufuri nikmat, sebab tangan yang dijadikan Allah untuk mempertahankan diri daripada perkara yang mengancamnya bukan mencedera atau membinasakan orang lain.

Seseorang itu dianggap tidak menggunakan nikmat matanya kerana mengkufuri nikmat mata apabila menggunakannya untuk melihat wajah perempuan yang bukan muhrimnya.

Mata dijadikan Allah untuk melihat perkara mendatangkan kebaikan bagi agama dan dunia.

Sebab itu mata hendaklah dipelihara daripada melihat perkara yang mendatangkan bahaya dan mudarat.

Sikap syukur pula untuk keuntungan manusia sendiri. Tuhan tidak mendapat apa-apa keuntungan dengan perbuatan syukur yang dilakukan oleh hamba-Nya. Sebaliknya, Tuhan juga tidak akan rugi dengan sikap kufur dan engkar yang ditunjukkan oleh manusia.

Perkara ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:

"Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia." - (Surah al-Naml, ayat 40)

Orang yang bersyukur jiwanya akan menjadi semakin bersih. Dia akan bertambah dekat kepada Tuhan dan semakin sedar bahawa nikmat itu adalah kurniaan Illahi yang perlu dipergunakan untuk kebaikan sesama manusia.

Seseorang yang memperolehi kekayaan, maka kekayaan itu hendaklah digunakan pula untuk keperluan kebaikan seperti membantu fakir miskin, menolong orang yang memerlukan dan sebagainya.

Orang berpangkat dan berkuasa hendaklah melakukan kebaikan terhadap orang di bawah atau rakyat jelata.

Sesungguhnya bagi orang bersyukur maka nikmat yang diperolehinya semakin bertambah. Ini jelas dinyatakan Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)

Sedar akan pentingnya sikap ini, maka syukurilah nikmat kurniaan Allah kepada kita baik nikmat lahir atau batin.

Mudah-mudahan dengan berbuat demikian, maka nikmat itu akan kekal berterusan bersama kita dan hidup kita pula akan mendapat keredaan Allah baik di dunia atau akhirat.

sumber : mari bersyukur

Wednesday, September 30, 2009

"bicara politik dan isu semasa" di facebook

google group "bicara politik dan isu semasa" and then add.. banyak isu2 jelek dan membosankan anda di sana sehingga mampu membuatkan anda tidak tidur malam, menukar lampin anak, membasuh kereta dan banyak perkara lain lagi..

selamat berpendapat..

thx

UKM To Study Socio-Economy Of Silam Parliamentary Constituency

LAHAD DATU, July 22 (Bernama) -- The Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi and the Silam Parliamentary constituency will cooperate to undertake research on the socio-economic development of residents in the constituency based on the local and natural resources available in Silam.

The signing of the Letter of Intent on the research, named People's Development Research Programme (PROPER), was held here Wednesday with the UKM represented by the Deputy Dean of Innovations Research, Faculty of Science and Technology UKM, Professor Dr Salmijah Surif while the Silam Parliamentary constituency was represented by its Member of Parliament (MP) Saleh Kalbi.

"PROPER is a Research Programme on the Development of the People in the Sabah East Coast (Silam Parliamentary Constituency) involving UKM researchers from the various disciplines led by the Faculty of Science and Technology. The UKM is very supportive of the idea to involve the community in its researches," Prof Salmijah told reporters, here today.

Prof Salmijah said 11 professors and senior lecturers with expertise in areas such as water studies, biodiversity, food science, tourism, education, chemistry, hydrology, toxicology, radiation and security, marine ecosystem, chemical technology and other sectors were now carrying out a preliminary survey for the past two days to determine the focus of the study.

--BERNAMA

Tuesday, September 29, 2009

saya pro sape?

jangan la ada lagi soalan macam ni utk saya. mati hidup semula jawapan saya tetap sama. sy pro Nabi SAW. minta maaf mgkn nmpk standard tapi itu la keinginan yg sy harap sangat menghiasi hati sy.

tapi pemimpin? sy pro sape? sy pro kepada semua pemimpin2 parti. jgn cakap dia dr BN atau dari PR. asalkan saja dia menjunjung kebajikan masyarakat dan melaksanakan hak2 rakyat, ayuh silakan. sy tetap dibelakangmu wahai YB, atau siapapun.. sampaikan satu tahap, andai ditakdirkan saya ada kuasa serupa PM, kabinet saya mewakili semua parti yg mendapat mandat rakyat. dia bersih naik.. dia pemimpin di hati rakyat, naik.. cemerlang, naik.. busuk hati, jatuh.. perpecahan, jatuh.. pendek kata amal2an pemimpin yg baik la yg kita angkat.. standaard lagi..

so, fokus plak pada pemimpin dari kawasan sya membesar, iaitu :

P.188 - SILAM

N.49 - TUNGKU 12,246 undi 7,713 62.98% rosak 271 maj 2,382 BN

N.50 - LAHAD DATU 21,548 13,557 62.92% 428 3,058 BN

N.51 - KUNAK 9,694 6,283 64.81% 225 4,115 BN

pemimpin2 di kawasan ini terdiri dari YB Salleh, YB Nasrun, YB Nilwan dan YB Suhaili.. tahukah anda, sy sangat menyanjung kesemua mereka2 ini, mgkn ada diantaranya yg pernah sy pangkah (tak suka) dan kritik terbuka di gerbang maya ini, dek kerana sifat2 seperti itu, sy mula berfikir balik, apa kegunaan semua ini? apa baiknya? menhentam atau menjulang pemimpin? yg ada hanyalah bil2 internet yg perlu dijelaskan, streamyxku, broadband ku, laptop ku yg uzur dan sot2 selalu.. itu la yg aku dapat? sampai bila? sampai kapan lagi bak kata amy search.. jadi utk perkara yg indah dan lebih baik, kenapa tidak digembar gemburkan sahaja berita atau bakti mereka2 ini? tidak kisah la dia sdr zainuddin PKR ke, wakil DAP ke, wakil makkal sakti ke (dengar DSNR nak rasmi oktober neh) asal saja dia condong kepada kebajikan masyarakat.. perlu dijulang men. dan akan kujulang men lepas ni.. siapa saja. sila katakan. owh aku mau buat capital letter. "JULANG PEMIMPIN YG BERKEBAJIKAN"

hahaha kepada diri sy sendiri dan kepada teman blogger yg saling manjatuhkan org lain. marilah kita angkat siapa pemimpin2 yg baik ini. angkat sahaja yg baiknya ok.. klu saya lah, even kambing pun klu berbakti utk rakyat, kambing pun ku julang.. seb bek dia tiada akal. itu bezanya kita dengan kambing. so, jgn lah jadi pemimpin bak kambing..

Sunday, August 23, 2009

pru-13 jikalau ditakdirkan aku di p110 klang dan n48 kota alam shah..




entah kat mana nanti.. ikut rasa, mahu di tempat sendiri. masa ada lagi.. bergantung di mana bertugas lah!

setinggan

23/08/09 12.03am

ter/ kpd 2 takrifan iaitu am dan undang2

i) takrifan am
1-seseorang yg menduduki tanah baru terutama tanah awam tanpa hak milik (merujuk negara eropah) atau seseorang yg memperoleh pemilikan secara tidak sah premis yg kosong (merujuk negara dunia ke 3, Msia umpamanya) The Consist Oxford, 9 edition, 1995 and Cheong 1995

2-mengikut kajian (Azizah,1982) "setinggan" berasal dari sebutan org awam dgn mencampuradukkan perkataan Inggeris sten-gun kerana penduduk kampung menentang pihak berkuasa yg datang memusnahkan kampung mereka sehingga memaksa mereka menggunakan gun (senapang) utk melindunginya. Beliau akhirnya mentakrifkan setinggan sebagai pendudukan tanah secara haram atau tidak sah oleh individu atau sekumpulan individu.

3-pendudukan tanah sama ada kepunyaan kerajaan atau kepunyaan pihak2 persendirian tanpa izin pemunyanya (Rozali, 1987)

4-segolongan penduduk yg pada asalnya tidak mempunyai tanah dan rumah tetapi akhirnya membina rmh dikawasan yg tidak dibenarkan sama sekali oleh undang2 (Burke,1985)

5-boleh dianggap golongan miskin atau brpendapatan rendah yg mendirikan penempatan secara haram di kwsn pusat & pinggiran bandar akibat kemudahan perumahan yg x mencukupi & krg kemampuan utk memiliki rmh sendiri (Yeung,1983 -tetapi boleh dipertikai mengikut kenyataan Dewan Ekonomi September 2000)

6-penempatan padat, tidak selamat & sesetangahnya tdk mempunyai kemudahan asas yg mencukupi (Anzorena,1995)

7-menduduki tanah secara haram, penempatan padat dan terletak ditengah pusat bandar (Wagelin,1978)

8-kwsn kotor, berpenyakit dan berbahaya. Keadaan diburukkan lagi dgn sistem pembentungan dan sanitasi yg tdk teratur yg mengancam kesihatan (Akta Perumahan British,1930)

9-secara tersiratnya adalah individu atau kelompok manusia yg tdk mempunyai hak dan kelulusan pihak berkuasa di bawah KTN ttp mnjalankn aktiviti atau menduduki di atas tanah yg mereka tdk berhak ke atasnya (Kanun Tanah Negara, KTN,1965)

10-golongan yg mendiami tanah kerajaan secara haram.. woww! (Kamus Dewan)

11-kwsn brpendudukan di lorong belakang bandar yg pada kebiasaanya kotor & tdk teratur menepati keadaan penempatan setinggan di mana2 bhgn dunia sekalipun (Kamus lama amerika dan british WNID, 1933)

12-menurut Abrams,1966 kategori setinggan terdiri daripada :
setinggan penyewa-kelas plg miskin, rumah disewa dari setinggan lain majoriti trdiri dr migrasi dgn harapa nanti boleh jadi setinggan pemilik
setinggan pemilik-memiliki rmh diduduki tp bukan tanah. Rmh didirikan dimana2 saja tanah kosong tanpa mengira pemilik tanah atau lokasi tersebut
setinggan berkeras-dulu menyewa tp skrg tdk lagi dan tuan rmh takut utk mengeluarkan mereka
setinggan tuan tanah-setinggan lama yg memiliki bilik dan kemudahan utk disewakan pada kadar yg sgt tinggi
setinggan spekulator-dianggap profesional yg menjadikan setinggan sebagai perniagaan yg menguntungkan. Menjadikan setinggan dgn motif utama kerajaan pasti akan membayar pampasan yg memuaskan sblm mereka keluar dr kawasan itu. Kumpulan yg degil, dan merupakan wakil yg berhadapan dgn pihak kerajaan atau tuan tanah. Proses berulang..


ii) takrifan undang2 (dgn mengambil contoh2 kes shj)
Menurut undang2 Inggeris, setinggan dianggap melakukan perbuatan tdk sah tetapi bukan menyalahi undang2 atau bukan kesalahan jenayah tp kesalahan sivil.

1. kes Mcphail vs Persons Unknown,1973
2. kes Mohamad Said lwn Fatimah,1962
3. kes Bkt Lenang Development lwn Penduduk2 Mukim Plentong,1999
4. kes Robert and Sons Ltd lwn Dunbeck,1929
5. kes Bohari bin Taib lwn Pengarah Tanah dan Galian Selangor,1991
6. kes Shamsudin Che Mat dan 11 lagi lwn Datuk Bandar Kuala Lupur,2000
7. kes Sidek Hj Muhammad & 461 yg lain lwn Kerajaan Negeri Perak,1982
8. kes Senik lwn Hassan dan yg lain,1963
9. kes Ng Ben Thong dan yg lain lwn Krishnan a/l Arumugam, 1998
10. kes Kerajaan Negeri 9 & SL lwn Yap Chong Lam & 12 yg lain / kes LESCO,1997

dari kesemua kes2 mahkamah di atas, tiada satu pun keputusan memihak kepada setinggan sama ada di atas tanah kerajaan mahupun tanah persendirian

Akta2 atau peruntukan seksyen yg melibatkan kesalahan2 berkaitan mnceroboh dan aktiviti seumpamanya :
-peruntukan seksyen 425, 425A 426 dan 427 KTN 1965
-peruntukan seksyen 70 (1), 70A (1) dan 72 Akta Jalan


taburan bilangan penduduk bangunan kediaman setinngan di Msia 10 tahun yg sdh, 1999


NEGERI

BILANGAN BANGUNAN KEDIAMAN SETINGGAN

BILANGAN PENDUDUK SETINGGAN

SELANGOR

33,829

171,396

SABAH

31,394

150,290

KUALA LUMPUR

23,970

129,129

JOHOR

7,280

29,157

SARAWAK

5,999

26,211

PERAK

3,540

13,393

KEDAH

2,824

11,262

PULAU PINANG

1,713

6,231

KELANTAN

1,654

7,682

PERLIS

1,002

4,807

PAHANG

869

3,691

TERENGGANU

632

3,155

NEGERI SEMBILAN

196

1,130

MELAKA

42

145

JUMLAH KESELURUHAN

114,944

557,679



Statistik bilangan keluarga setinggan yang masih belum dipindahkan di seluruh Negara sehingga Disember 2007 :
BIL
NEGERI
BIL. KELUARGA SETINGGAN YANG BELUM DIPINDAHKAN
1
W.P.KUALA LUMPUR
11,181
2
W.P.LABUAN
1,068
3
SELANGOR
343
4
JOHOR
11,411
5
PULAU PINANG
6,370
6
PERLIS
2,266
7
KEDAH
3,443
8
PERAK
14,282
9
MELAKA
36
10
NEGERI SEMBILAN
399
11
PAHANG
974
12
TERENGGANU
699
13
KELANTAN
1,069
14
SARAWAK
9,339
15
SABAH
23,692
Jumlah
86,572


Isu Pengurusan Setinggan atas Tanah Kerajaan

bersambung..



kenapa setinggan? sebab aku antara warganya..

2.00am

Saturday, August 22, 2009

pengunjung ke sejuta 22/08/09 kat mohr.gov.my

22/08/09 11.58pm

what a teriffic counts!

Tuesday, August 18, 2009

renung dan ramalkan pru-13 dun sabah

BAHAGIAN PILIHAN RAYA BILANGAN
PEMILIH
BILANGAN
MENGUNDI
PERATUS
PENGUNDIAN
UNDI
DITOLAK
MAJORITI PARTI MENANG
P.167 - KUDAT

N.1 - BANGGI 8,187 5,109 62.40% 232 2,024 BN

N.2 - TANJONG KAPOR 19,500 13,234 67.87% 567 3,619 BN

N.3 - PITAS 11,956 8,213 68.69% 277 3,848 BN
P.168 - KOTA MARUDU

N.4 - MATUNGGONG 15,400 10,879 70.64% 254 2,982 BN

N.5 - TANDEK 16,538 11,675 70.59% 364 2,237 BN
P.169 - KOTA BELUD

N.6 - TEMPASUK 14,291 11,167 78.14% 324 2,432 BN

N.7 - KADAMAIAN 12,964 10,288 79.36% 268 2,473 BN

N.8 - USUKAN 15,816 12,263 77.54% 336 4,023 BN
P.170 - TUARAN

N.9 - TAMPARULI 14,912 10,785 72.32% 204 2,743 BN

N.10 - SULAMAN 16,076 12,770 79.44% 304 5,456 BN

N.11 - KIULU 9,773 6,968 71.30% 132 1,266 BN
P.171 - SEPANGGAR

N.12 - KARAMBUNAI 19,951 13,416 67.24% 399 3,018 BN

N.13 - INANAM 19,300 13,626 70.60% 274 1,686 BN
P.172 - KOTA KINABALU

N.14 - LIKAS 15,178 9,519 62.72% 111 862 BN

N.15 - API-API 10,775 6,832 63.41% 110 174 BN

N.16 - LUYANG 17,761 11,668 65.69% 95 1,502 BN
P.173 - PUTATAN

N.17 - TANJONG ARU 19,993 12,437 62.21% 225 2,960 BN

N.18 - PETAGAS 14,942 10,859 72.67% 332 3,568 BN
P.174 - PENAMPANG

N.19 - KAPAYAN 20,723 14,356 69.28% 200 2,062 BN

N.20 - MOYOG 15,098 11,195 74.15% 119 2,685 BN
P.175 - PAPAR

N.21 - KAWANG 15,591 12,008 77.02% 262 6,066 BN

N.22 - PANTAI MANIS 16,688 12,850 77.00% 278 2,862 BN
P.176 - KIMANIS

N.23 - BONGAWAN 12,389 9,711 78.38% 218 5,730 BN

N.24 - MEMBAKUT 9,850 7,656 77.73% 168 3,499 BN
P.177 - BEAUFORT

N.25 - KLIAS 13,885 9,983 71.90% 361 2,413 BN

N.26 - KUALA PENYU 12,903 9,784 75.83% 306 257 BN
P.178 - SIPITANG

N.27 - LUMADAN 11,317 8,505 75.15% 276 3,297 BN

N.28 - SINDUMIN 12,828 9,560 74.52% 185 1,904 BN
P.179 - RANAU

N.29 - KUNDASANG 9,639 6,780 70.34% 212 1,806 BN

N.30 - KARANAAN 11,087 8,033 72.45% 116 5,116 BN

N.31 - PAGINATAN 10,084 7,374 73.13% 164 3,457 BN
P.180 - KENINGAU

N.32 - TAMBUNAN 11,245 8,694 77.31% 116 2,781 BN

N.33 - BINGKOR 13,339 9,455 70.88% 155 171 BN

N.34 - LIAWAN 10,994 7,811 71.05% 143 2,044 BN
P.181 - TENOM

N.35 - MELALAP 10,276 7,259 70.64% 176 2,099 BN

N.36 - KEMABONG 10,598 8,442 79.66% 226 2,437 BN
P.182 - PENSIANGAN

N.37 - SOOK 12,564 9,250 73.62% 63 2,131 BN

N.38 - NABAWAN 7,148 4,891 68.42% 54 2,087 BN
P.183 - BELURAN

N.39 - SUGUT 7,784 4,503 57.85% 237 2,535 BN

N.40 - LABUK 11,397 7,855 68.92% 161 5,455 BN
P.184 - LIBARAN

N.41 - GUM-GUM 9,993 0 0.00% 0 0 BN

N.42 - SUNGAI SIBUGA 21,442 14,494 67.60% 425 7,657 BN
P.185 - BATU SAPI

N.43 - SEKONG 11,308 6,876 60.81% 281 2,189 BN

N.44 - KARAMUNTING 14,696 9,513 64.73% 271 3,362 BN
P.186 - SANDAKAN

N.45 - ELOPURA 18,363 10,865 59.17% 338 5,409 BN

N.46 - TANJONG PAPAT 14,484 9,183 63.40% 273 3,926 BN
P.187 - KINABATANGAN

N.47 - KUAMUT 11,389 7,668 67.33% 300 1,672 BN

N.48 - SUKAU 8,165 5,139 62.94% 324 2,107 BN
P.188 - SILAM

N.49 - TUNGKU 12,246 7,713 62.98% 271 2,382 BN

N.50 - LAHAD DATU 21,548 13,557 62.92% 428 3,058 BN

N.51 - KUNAK 9,694 6,283 64.81% 225 4,115 BN
P.189 - SEMPORNA

N.52 - SULABAYAN 11,291 7,540 66.78% 389 2,037 BN

N.53 - SENALLANG 12,198 7,753 63.56% 366 5,432 BN

N.54 - BUGAYA 11,727 0 0.00% 0 0 BN
P.190 - TAWAU

N.55 - BALUNG 10,248 6,779 66.15% 188 3,737 BN

N.56 - APAS 12,006 7,486 62.35% 193 3,608 BN

N.57 - SRI TANJONG 20,306 12,807 63.07% 146 1,172 DAP
P.191 - KALABAKAN

N.58 - MEROTAI 13,931 8,777 63.00% 67 242 BN

N.59 - TANJONG BATU 12,577 7,690 61.14% 92 4,422 BN

N.60 - SEBATIK 9,510 6,277 66.00% 110 3,831 BN
JUMLAH KESELURUHAN 807,862 544,063
13,691

PURATA KESELURUHAN

67.35% 2.52%

sumber : http://pru12.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1141

Labels: