Saturday, October 24, 2009

cinta yang zalim

Cinta yg zalim (pada yg belum dijiabkabul)

Bercinta lah berapa lama pun, berkasih lah hingga hujung nyawa sekalipun.. hakikatnya perasaan cinta yg hadir itu begitu zalim. Ketiadaan pengetahuan dan keupayaan kita utk mengetahui siapakah calon sebenar suami / isteri kita menjurus kepada zalimnya cinta itu krn pengetahuan itu hanya ada pada Allah swt – 25477

Bayangkan saja, percintaan yg berkelangsungan ada yg sampai 10 tahun, malah hati budi, keluarga dan pelbagai cerita sdh dikongsi antara pasangan bercinta ditahap itu. Sampai satu tahap apabila pasangan anda berbohong, anda boleh saja tahu pembohongan itu berlaku, jika lebih hebat, malah boleh tahu satu pembohongan akan berlaku. Tapi pastikah kita bahawa si dia adalah org yg bakal menjadi teman hidup atas nama suami / isteri kita yg sah. Kepastian anda terjawab bila saja perkataan “sah” terungkap dari para wali hakim pernikahan kita. Jika sehingga sebelum saat itu tiba, cinta itu mmg sentiasa zalim.

Zalimnya cinta itu, apabila kasih kita terputus sebelum smpi waktunya, terputus dikala kepastian bahwa si dia la pasangan hidup kita, terputus di kala kita sdh meletakkan beberapa harapan dan pengorbanan yg kita tidak pernah terfikir utk meletakkan diri kita sedemikian rupa. Zalimnya cinta itu bila kita tidak meletakkan nas dan nilai agama bersamanya. Bila saja perpisahan itu berlaku, maka cinta itu begitu ZALIM.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home