Tuesday, January 19, 2010

Dasar Pakatan Rakyat

Hubungan Persekutuan dan Negeri (Sabah). Pakatan Rakyat akan :

1. Memastikan khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20% daripada pendapatan petroleum mereka.

2. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja demi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu pendatang asing.... See More

3. Menjamin hak Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli oleh mana-mana pihak.

4. Menghentikan dengan serta-merta penindasan terhadap rakyat kawasan pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.

p/s org yg terlibat dalam bentuk Dasar Pakatan Rakyat mengenai Sabah ini, lebih baik letak jawatan atau tinggal di Sabah paling tidak 4 tahun. Terlalu banyak yg terlepas pandang. Sangat memilukan. Org terbabit jugak mahir dalam sastera, kerana kemahiran nak tackle masalah rakyat Sabah ianya zero. Seolah2 berterus terang yg pihaknya akan membawa punah dan ranah utk Sabah. Cuba lah buat, macamana seorang tukang sapu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu boleh melancong sekali setahun. Tak faham lagi??!! Tapi biasalah, masa bentuk dasar, kadang2 dasar itu dasar suasana. Bila tiba masa PRU, maka bagai la akal cara utk menang sedangkan pokok perjuangan adalah melalui dasar yg telah dibentuk. 4 perkara ini, adalah perkara2 glamour dan mmg menjadi kewajipan Kerajaan Persekutuan. Kenapa ini yg dipilih? Kali ni patutnya bukan baling selipar, kasi ikat dengan tali seret dari Kota kinabalu sampai Tawau. Itu lebih baik dari menanggung derita yg tak berkesudahan rakyat Sabah ini sejak Merdeka. Sedar atau tidak, semua pihak berada dalam kasihan yg amat. Kasihan dengan tanggungjawab, kasihan dengan derita. Barang yg pasti tuntutan akan tetap berlaku sebelum dan selepas hidup ini. Harap diri sy dan tuan2 terlepas dari tuntutan. Amin.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home