Saturday, October 24, 2009

konvokesyen

31 Oktober 2009 hari gembira bt pelajar kejuruteraan Unisel yg akan mengikuti Istiadat Konvokesyen ke-4. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt atas kasih dan sayangnya pd akhirnya layak jugak la insan yg bukan apa2 seperti aku ini, utk sama2 mengikuti istiadat tersebut.

Hatta, anugerah tetap anugerah pd yg layak, antara natijah diatas semua ini perkongsian rasa gembira bersama ibu bapa dan kaum keluarga yg tersayang dan dicintai. Kegembiraan bersama rakan2 seperjuangan pada hari penganugerahan mmg cukup mengharukan. Namun, episod2 gembira ini bukanlah antara episod yg menjadi kemestian dalam benak sanubariku. Jika ditanya secara terus, mmg la gejolak perasaan ini bersungguh2 utk ikut bersama berkongsi hari bahagia itu nanti, tapi sekali lagi, itu hanyalah perasaan dan keinginan sebagai seorang yg layak utknya..

Tulisan2 diatas perlu kujelaskan pada rakan2 seperjuanganku yg notis, tidak dpt bersama kalian utk turut serta atas bebetapa sebab antaranya :
i. Mak aku mahu tahun 2010 depan beb. Fulus tidak mengizinkan
ii. Masa yg pendek utk buat persediaan batalion dari Sabah datang ke Selangor
iii. Masa yg singkat jugak utk aku buat clearance terhadap 5 perkara tuntutan Unisel mcm clearance dr library, fakulti, Jananiaga dan yg plg berat dari bendahari.
iv. Kenyataan “sifat ilmu itu di dalam HATI, bukan utk di ISHTIHAR” - 25477

Sebab dr i hingga iii bukan la sbb yg apa2, lebih kepada halangan2 duniawi gitu, tapi yg no iv tu dalam maksud dan pengertiannya. Patut kah no iv aku letakkan sebagai alasan utama? Jawapannya YA. Lantas segera aku mengimbas rentetan di zaman persekolahan ku sebelum ini sejak seawall darjah 1 hinggalah ke tahun 2009 ini. Sifat pengistiharan ilmu itu dapat dapat kuterangkan melalui beberapa peristiwa di bawah berserta keterangannya :

i. Pelajar terbaik UPSR Sek Keb Pekan II 1994
Keterangan :
-seingat aku ada sijil dan diumumkan semasa perhimpunan mingguan sekolah. MasyaAllah aku sendiri pun tdk tahu nama yg diumum hari itu nama aku sbb aku sendiri tidak terfikir smpi ketahap itu.
-tidak hadir / tiada istiadat rasmi

ii. Pelajar terbaik SPM Sek Men Teknik LD 1997
Keterangan :
-tidak hadir majlis anugerah pelajar cemerlang walaupun cikgu pen kanan HEM dtg depan rumah jemput. Alasannya merajuk dengan pengetua Eko Sukohidayat Sunarto sbb beliau dengan kuasa yg ada telah menjatuhkan hukum buang sekolah terhadap ku

iii. Istiadat Konvokesyen Politeknik Kota Kinabalu 2003
Keterangan :
-tidak hadir istiadat
-tidak tahu langsung bila masa konvo dan di mana berlangsung. Pendek kata masa itu aku mmg tdk ambil tahu

iv. Istiadat konvokesyen unisel yg pertama kut.. masa tu tahun 2005
Keterangan :
-anugerah utk Asas Sains
-ada surat jemputan utk konvo, tidak diisi dan tidak hadir

Dan kini tibalah kehadiran Istiadat Konvokesyen Unisel ke-4 di tahun 2009 ini, tahun dimana kegembiraan, keadaaan dan keterujaannya sama dengan keempat2 peristiwa pengistiharan ilmu sebelum ini. Persoalannya, adakah aku akan mengikuti istiadat yg akan berlansung dalam waktu seminggu ini (31 Oktober 2009). Bila Tanya sama pokok, apa sebab goncang, nanti jawab pokok angin yg goncang.. itu tanya pokok, klu tanya hatiku.. ianya sama seklai tidak bergoncang hanya kerana terlepas buat kali yg ke-5. Pengalaman yg lepas ditambah pula sifat ilmu itu sendiri yg bukan utk diistihar.. maka aku berdamai dengan perasaaan ku ini.

Moralnya, selama tempoh 20 tahun aku di alam berpendidikan, ada jugak terselit nilai murni yg kejadiannya utk direnungkan bersama. Bukan utk siapa2 sebenarnya, malah suka aku menegur dan menasihati org pertama adalah diri aku sendiri dan dengan itu :

“Sekarang adalah masanya utk kita menyerahkan pengetahuan yg diluar kemampuan kita kpd Allah swt disetiap masa dan ketika dengan sedar bahawa semua ketentuan baik pada masa yg lepas, masa kini atau yg akan datang semuanya serba berada di dalam Qadak dan Qadarnya.. Cuma dalam pada itu, bersama kita selalu mempertingkatkan amal dan taqwa kita sesuai sebagai fitrah kita sebagai khalifah di alam yg fana ini - 25477”

Dapat bersama mengikuti konvokesyen bukan lah sesuatu yg apa2, melebihkan tidak bersama mengikutinya.. melebihkan ia juga bukan apa2..

1 Comments:

Blogger Yeen Izna said...

haiyooo ciko..

tang neh aku sedey arr...pape pon aku arap ko konvo taun neh..

Jia you (gud luck)!!! :)

Monday, October 26, 2009 8:53:00 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home