Wednesday, November 18, 2009

dialog mengenai DSAI setakat 18 November 2009


dialog ini ditulis di ruangan facebook antara dua insan yg langsung tidak mengenali antara satu sama lain.. watak dua insan ini termasuk saya sendiri dan seorang yg membahasakan diri sebagai "Anwar Ibrahim Politik Lalang (AIPL)". secara jujur, sehingga waktu ini, sy masih tidak mengerti maksud AIPL. asalnya, sbb rasa tidak mengerti, sy letak satu komentar di wall AIPL utk menarik perhatiannya. demikian komentar sy :

" DSAI kena serang luar dalam, kiri dan kanan.. nk ku defend tapi tiada alasan kerana apa? yg ada pun kerana kenangan dan senyumannya. melainkan DSAI boleh buktikan sesuatu lagi. aku pn sebenarnya tunggu itu klu ada.. tuan tanah bagaimana? "

tuan tanah yg sy maksudkan ialah AIPL sendiri, x smpi 3 minit terus saja di reply oleh beliau. maka bermulalah dialog2 dlm bentuk komentar yg demikian berlanjutan. harap kita semua dapat mengesan moral atau apa saja yg boleh dianggap baik atas maksud pengajaran dari dialog2 ini. berani sekali sy tekankan, politik yg berkisar dalam konteks negara kita malaysia berkisar dari kelemahan2 yg akan tertulis dari komentar2 yg sy maksudkan seperti di bwh ini :


AIPL :
...

AIPL :
...
Agama, Negara dan Bangsa adalah keutamaan...
Peribadi bukan perkara yang penting...

AKU :
bukan pasal peribadi bos, ini pasal gov boleh swing. klu pasal peribadi, aku lagi ambil berat pasal masalah peribadi mak dan bapak aku.. tapi tu la kan, sementara kita masih mampu berhujah, kita berhujah x kisah siapa jadi arang, siapa jadi abu.. jgn emo ya bang. kita saudara..

AIPL :
tak lah bro...
cuma tak nak terseret dalam perang mempertahankan individu...
kalau boleh biar yang dasar...
yang salah tetap salah......
yang betul kita bantu dan sokong...
matlamatnya satu...
memartabatkan Agama, Negara dan Bangsa...

AKU :
erm betul.. tapi kan bro, klu aku pilih agama solid saja, apa kata bro? sy serius ni.. misalnya buat kerja dakwah, ikut sunnah. yg politik2 ni apa pandangan bro bila kita letak agama yg utama? ya betul, kita jgn tolak dunia.. ianya perlu sebagai jambatan kan. ulang soalan tadi bro, apa kesudahan politik bila kita junjung agama? sekadar soalan sj ya. kita dua @ siapa2 saja jgn la terlalu serius.. ;-)

AIPL :
...
kalau dirujuk kaedah untuk membangunkan Negara Islam...
politik adalah satu daripada elemennya...
bererti tidak boleh dinafikan keperluan peranan politik...
hanya apakah politik Islam yang sebenar......
politik hampir bererti perlindungan terhadap hak...
andai tiada politik...
mungkin perjuangan kita umpama telur tanpa cengkerang...
wallahualam...

AKU :
erm.. sebelum ni mmg ada fikir mcm tu tp lupa. bila bro sebut terus teringat balik. ini jugak jawapan yg aku carik. nabi saw juga berpolitik.. tp klu mau apply d msia neh mmg mujahadah.. pelan2 la kita kayuh dayung. agak2 sampan bole menyusur dari hulu terus ke hilir langsung jumpa lautan yg bebas..

AIPL :
setuju bro...
yg kini dilupakan ialah kekuatan berjamaah...
rakyat selalu fikir kekuatan pemimpin...
sebenarnya ialah kekuatan jamaah yang mendorong pemimpin...

AKU :
benar bro. k la.. mari kita sama2 istigfar atas semua ini..

astagfirullah alazim..

-salam-

AIPL :
...
astagfirullah alazim..

-salam-

demikian dialog2 diatas. ada kesan? xde xpe.. tepuk dada tanya la iman. jgn tanya aiman anak makcik bedah sebelah rumah pak ayob. kang sia2 saje sbb "aiman tak kisah"

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home