Saturday, October 24, 2009

konvokesyen

31 Oktober 2009 hari gembira bt pelajar kejuruteraan Unisel yg akan mengikuti Istiadat Konvokesyen ke-4. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt atas kasih dan sayangnya pd akhirnya layak jugak la insan yg bukan apa2 seperti aku ini, utk sama2 mengikuti istiadat tersebut.

Hatta, anugerah tetap anugerah pd yg layak, antara natijah diatas semua ini perkongsian rasa gembira bersama ibu bapa dan kaum keluarga yg tersayang dan dicintai. Kegembiraan bersama rakan2 seperjuangan pada hari penganugerahan mmg cukup mengharukan. Namun, episod2 gembira ini bukanlah antara episod yg menjadi kemestian dalam benak sanubariku. Jika ditanya secara terus, mmg la gejolak perasaan ini bersungguh2 utk ikut bersama berkongsi hari bahagia itu nanti, tapi sekali lagi, itu hanyalah perasaan dan keinginan sebagai seorang yg layak utknya..

Tulisan2 diatas perlu kujelaskan pada rakan2 seperjuanganku yg notis, tidak dpt bersama kalian utk turut serta atas bebetapa sebab antaranya :
i. Mak aku mahu tahun 2010 depan beb. Fulus tidak mengizinkan
ii. Masa yg pendek utk buat persediaan batalion dari Sabah datang ke Selangor
iii. Masa yg singkat jugak utk aku buat clearance terhadap 5 perkara tuntutan Unisel mcm clearance dr library, fakulti, Jananiaga dan yg plg berat dari bendahari.
iv. Kenyataan “sifat ilmu itu di dalam HATI, bukan utk di ISHTIHAR” - 25477

Sebab dr i hingga iii bukan la sbb yg apa2, lebih kepada halangan2 duniawi gitu, tapi yg no iv tu dalam maksud dan pengertiannya. Patut kah no iv aku letakkan sebagai alasan utama? Jawapannya YA. Lantas segera aku mengimbas rentetan di zaman persekolahan ku sebelum ini sejak seawall darjah 1 hinggalah ke tahun 2009 ini. Sifat pengistiharan ilmu itu dapat dapat kuterangkan melalui beberapa peristiwa di bawah berserta keterangannya :

i. Pelajar terbaik UPSR Sek Keb Pekan II 1994
Keterangan :
-seingat aku ada sijil dan diumumkan semasa perhimpunan mingguan sekolah. MasyaAllah aku sendiri pun tdk tahu nama yg diumum hari itu nama aku sbb aku sendiri tidak terfikir smpi ketahap itu.
-tidak hadir / tiada istiadat rasmi

ii. Pelajar terbaik SPM Sek Men Teknik LD 1997
Keterangan :
-tidak hadir majlis anugerah pelajar cemerlang walaupun cikgu pen kanan HEM dtg depan rumah jemput. Alasannya merajuk dengan pengetua Eko Sukohidayat Sunarto sbb beliau dengan kuasa yg ada telah menjatuhkan hukum buang sekolah terhadap ku

iii. Istiadat Konvokesyen Politeknik Kota Kinabalu 2003
Keterangan :
-tidak hadir istiadat
-tidak tahu langsung bila masa konvo dan di mana berlangsung. Pendek kata masa itu aku mmg tdk ambil tahu

iv. Istiadat konvokesyen unisel yg pertama kut.. masa tu tahun 2005
Keterangan :
-anugerah utk Asas Sains
-ada surat jemputan utk konvo, tidak diisi dan tidak hadir

Dan kini tibalah kehadiran Istiadat Konvokesyen Unisel ke-4 di tahun 2009 ini, tahun dimana kegembiraan, keadaaan dan keterujaannya sama dengan keempat2 peristiwa pengistiharan ilmu sebelum ini. Persoalannya, adakah aku akan mengikuti istiadat yg akan berlansung dalam waktu seminggu ini (31 Oktober 2009). Bila Tanya sama pokok, apa sebab goncang, nanti jawab pokok angin yg goncang.. itu tanya pokok, klu tanya hatiku.. ianya sama seklai tidak bergoncang hanya kerana terlepas buat kali yg ke-5. Pengalaman yg lepas ditambah pula sifat ilmu itu sendiri yg bukan utk diistihar.. maka aku berdamai dengan perasaaan ku ini.

Moralnya, selama tempoh 20 tahun aku di alam berpendidikan, ada jugak terselit nilai murni yg kejadiannya utk direnungkan bersama. Bukan utk siapa2 sebenarnya, malah suka aku menegur dan menasihati org pertama adalah diri aku sendiri dan dengan itu :

“Sekarang adalah masanya utk kita menyerahkan pengetahuan yg diluar kemampuan kita kpd Allah swt disetiap masa dan ketika dengan sedar bahawa semua ketentuan baik pada masa yg lepas, masa kini atau yg akan datang semuanya serba berada di dalam Qadak dan Qadarnya.. Cuma dalam pada itu, bersama kita selalu mempertingkatkan amal dan taqwa kita sesuai sebagai fitrah kita sebagai khalifah di alam yg fana ini - 25477”

Dapat bersama mengikuti konvokesyen bukan lah sesuatu yg apa2, melebihkan tidak bersama mengikutinya.. melebihkan ia juga bukan apa2..

cinta yang zalim

Cinta yg zalim (pada yg belum dijiabkabul)

Bercinta lah berapa lama pun, berkasih lah hingga hujung nyawa sekalipun.. hakikatnya perasaan cinta yg hadir itu begitu zalim. Ketiadaan pengetahuan dan keupayaan kita utk mengetahui siapakah calon sebenar suami / isteri kita menjurus kepada zalimnya cinta itu krn pengetahuan itu hanya ada pada Allah swt – 25477

Bayangkan saja, percintaan yg berkelangsungan ada yg sampai 10 tahun, malah hati budi, keluarga dan pelbagai cerita sdh dikongsi antara pasangan bercinta ditahap itu. Sampai satu tahap apabila pasangan anda berbohong, anda boleh saja tahu pembohongan itu berlaku, jika lebih hebat, malah boleh tahu satu pembohongan akan berlaku. Tapi pastikah kita bahawa si dia adalah org yg bakal menjadi teman hidup atas nama suami / isteri kita yg sah. Kepastian anda terjawab bila saja perkataan “sah” terungkap dari para wali hakim pernikahan kita. Jika sehingga sebelum saat itu tiba, cinta itu mmg sentiasa zalim.

Zalimnya cinta itu, apabila kasih kita terputus sebelum smpi waktunya, terputus dikala kepastian bahwa si dia la pasangan hidup kita, terputus di kala kita sdh meletakkan beberapa harapan dan pengorbanan yg kita tidak pernah terfikir utk meletakkan diri kita sedemikian rupa. Zalimnya cinta itu bila kita tidak meletakkan nas dan nilai agama bersamanya. Bila saja perpisahan itu berlaku, maka cinta itu begitu ZALIM.

bajet 2010

Sedikit harapan dalam pelaksanaan bajet 2010

i. Isu2 yg menghalang / kekangan ekonomi perlu diselesaikan. Apa jenis kekangan itu? Apa saja yg dilihat mengekang contohnya prosedur permohonan, pinjaman, geran, baucer dan semacam dua macam lagi.

ii. Atas kertas banyak prosedur2 permohonan ini tampak mudah, tapi bila dipraktik dan diamalikan, ianya dilihat begitu sukar. Yg dpt nama pada walnya hanyalah kerajaan dimana mengwar2kan kemudahan itu dan ini sehinggakan ianya hanya tinggal indah khabar dari rupa. Contohnya yg melibatkan permohonan terhadap geran2 kerajaan utk penyelidikan mahasiswa2 universiti, di mana prosedur yg panjang dan memeningkan hingga sampai satu tahap tempoh klimaks suatu penyelidikan berlalu dan sdh tidak sesuai lagi utk geran tersebut dikeluarkan. Contoh kajian seperti pengurusan system traffic di bandar2 yg mana skop kajian memerlukan 6 bulan ke setahun skop kajiannya, tp berlalu dan berubah2 dari masa ke semasa hanya kerana ketiadaan dana utk kajian walaupun ada penglibatan sukarela.

iii. Kepengantungan kepada negara asing. Negara kita secara 1Malaysianya perlu keluar dari kepergangtunggan ini.

iv. Kumpulan sasaran bantuan / subsidi kerajaan. Wajiblah ianya tepat kepada kumpulan yg betul2 layak menerimanya. Industri IKS contohnya, bagi yg sedia kaya tu bagi la peluang kpd mereka yg baru mahu berkecimpung dalam dunia ekonomi berkeuntungan. Tradisinya, individi / rakyat di Negara kita ini klu ada peluang bolt harta, maka dibolot lah tanpa memperdulikan norma2 / moral yg baik. Semua dilanggar! Kita ambil satu kisah mengenai pembahagian subsidi nelayan. 80% drpd jumlah bantuan subsidi kerajaan utk golongan nelayan miskin habis dibolot oleh 20% nelayan yg sedia azalinya kaya. Dan baki 20% subsidi kerajaan itu hanya sampai kepada 80% nelayan yg rata2 mmg diiktiraf miskin. Kisah ini fakta dan berlaku, ianya seolah2 sebuku roti dimakan oleh 4 org dan dalam masa yg sama ada 4 roti di makan hanya seorang individu.

Klu betul Pakatan Rakyat ikhlas, ini la kerja dan usaha yg perlu diambil perhatian. Meluruskan semua jalan yg bengkok didalam kerajaan. Membantu di mana kepincangan. Selepas PRU-12 sehingga sekarang PR lebih menumpu bagaimana menjatuhkan kerajaan. Ini tidak betul. Aku menyokong adanya PR dalam menegur apa bentuk salahtadbir kerajaan BN. Tapi menjaga rakyat Malaysia seluruhnya, PR perlu bertanggungjawab menyokong apa jua bentuk mensejahterakan rakyat tidak kisah dari parti apa ideology itu. Angkat mandat rakyat. Junjung kepentingan rakyat, bukan kepentingan peribadi. Perhatian lebih kepada negeri Sabah & Sarawak yg seperti anak tiri di persekutuan. TQ

Tuesday, October 6, 2009

Allah swt tambah nikmat di atas sifat syukur

Sedar atau tidak, hidup manusia di alam fana ini tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rahmat Allah.

Nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang. Ini jelas dinyatakan Allah dalam firman-Nya bermaksud:-

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." -
(Surah an-Nahl, ayat 18)

Meneliti kejadian dan kurniaan anggota badan utama pada tubuh manusia seperti kaki, tangan, perut, mulut, telinga, hidung dan mata, sudah cukup bagi kita membuat kesimpulan betapa berkuasa, agung dan murahnya Allah serta betapa lemah dan tidak berdayanya manusia yang menghuni alam fana ini.

Anggota badan itu pula dijadikan Allah dengan rapi dan lengkap serta dapat bergerak dan berfungsi serentak pada waktu sama. Sambil melihat, kita dapat bercakap, mendengar, menghidu, berjalan dan sebagainya.

Imam Al Ghazali mendefinasikan nikmat itu sebagai: setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup 'ukhrawi' - 'hari akhirat yang kekal abadi.'

Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah kepada setiap orang manusia dapat dibahagikan kepada dua iaitu:

1) Nikmat bersifat 'fitri' atau asasi iaitu nikmat yang dibawa oleh manusia ketika dilahirkan lagi.

2) Nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima dan dirasakan dari masa ke semasa.

Nikmat bersifat fitri atau asasi itu digambarkan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud:

"Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur - berterima kasih." - (Surah an-Nahl, ayat 78)

Sesungguhnya manusia ini dilahirkan ke dunia dalam keadaan bertelanjang bulat. Tetapi dilengkapi dengan alat yang diperlukan dalam perjuangan hidup ini.

Dalam ayat di atas, yang dimaksudkan dengan kelengkapan itu ialah telinga, mata dan hati (akal).

Ada pun nikmat yang kedua iaitu nikmat yang dianggap mendatang itu ialah segala kenikmatan, kelazatan, kebahagiaan dan sebagainya yang diterima oleh manusia dalam perjalanan hidupnya.

Segala sesuatu yang ada dalam alam ini, bermula daripada tanam tanaman sampailah kepada binatang ternakan dan barang logam, semuanya diperuntukkan supaya dapat dimanfaatkan oleh manusia.

Keadaan dan kenyataan ini dijelaskan oleh Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Dan sebagai tanda untuk mereka ialah bumi yang mati (kering), Kami hidupkan dan Kami keluarkan dari dalamnya buah tanam-tanaman sebahagiannya mereka makan. Dan Kami adakan padanya kebun kurma dan anggur.

"Dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air supaya mereka dapat makan buahnya. Semua itu bukanlah (hanya) usaha tangan mereka. Mengapa mereka tidak bersyukur." - (Surah Yasin, ayat 31 hingga 35)

Lumrahnya, seseorang manusia itu hanya akan menyedari nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang atau terlepas daripadanya (dicabut oleh Tuhan kembali).

Andai kata matanya rosak sebelah, kakinya patah, kakinya kudung atau seumpama itu berlaku ke atas dirinya, maka ketika itu barulah berasa sungguh-sungguh bagaimana nikmatnya mempunyai dua biji mata, mempunyai kaki dan tangan tidak cacat.

Sesungguhnya nikmat kesihatan betul-betul dirasai apabila kita sakit.

Seorang yang berkuasa atau berpangkat akan berasa nikmat memegang kuasa dan pangkat selepas jatuh atau dipecat daripada kekuasaan serta jawatan yang disandangnya hilang.

Seorang hartawan apabila jatuh miskin dan melarat, maka akan rasa bersalah olehnya bagaimana besarnya nikmat kekayaan yang pernah dikecapinya itu.

Oleh itu peliharalah setiap nikmat diperolehi. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Allah Yang Maha Kuasa supaya nikmat itu akan terus dikekalkan-Nya.

Syukur dapat diertikan sebagai: Mengerti bahawa semua nikmat yang ada pada diri seseorang hamba, baik yang lahir mahu pun yang batin, semuanya daripada Allah sebagai pemberian daripada-Nya.

Tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila gembira wujudnya nikmat pada dirinya, yang melorongkan jalan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepada-Nya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil saja.

Sesungguhnya bersyukur kepada Allah adalah perbuatan wajib ke atas setiap manusia. Ini jelas daripada firman-Nya bermaksud:-

"Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya." - (Surah an-Nahl, ayat 144)

Lawan syukur ialah kufur. Seseorang yang menggunakan nikmat ini pada tempat bertentangan dengan tujuan penciptaannya, maka sebenarnya mengkufuri nikmat Allah yang menganugerahkan nikmat itu kepadanya.

Seseorang yang memukul orang lain dengan tangannya, maka orang itu dikira mengkufuri nikmat, sebab tangan yang dijadikan Allah untuk mempertahankan diri daripada perkara yang mengancamnya bukan mencedera atau membinasakan orang lain.

Seseorang itu dianggap tidak menggunakan nikmat matanya kerana mengkufuri nikmat mata apabila menggunakannya untuk melihat wajah perempuan yang bukan muhrimnya.

Mata dijadikan Allah untuk melihat perkara mendatangkan kebaikan bagi agama dan dunia.

Sebab itu mata hendaklah dipelihara daripada melihat perkara yang mendatangkan bahaya dan mudarat.

Sikap syukur pula untuk keuntungan manusia sendiri. Tuhan tidak mendapat apa-apa keuntungan dengan perbuatan syukur yang dilakukan oleh hamba-Nya. Sebaliknya, Tuhan juga tidak akan rugi dengan sikap kufur dan engkar yang ditunjukkan oleh manusia.

Perkara ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:

"Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia." - (Surah al-Naml, ayat 40)

Orang yang bersyukur jiwanya akan menjadi semakin bersih. Dia akan bertambah dekat kepada Tuhan dan semakin sedar bahawa nikmat itu adalah kurniaan Illahi yang perlu dipergunakan untuk kebaikan sesama manusia.

Seseorang yang memperolehi kekayaan, maka kekayaan itu hendaklah digunakan pula untuk keperluan kebaikan seperti membantu fakir miskin, menolong orang yang memerlukan dan sebagainya.

Orang berpangkat dan berkuasa hendaklah melakukan kebaikan terhadap orang di bawah atau rakyat jelata.

Sesungguhnya bagi orang bersyukur maka nikmat yang diperolehinya semakin bertambah. Ini jelas dinyatakan Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)

Sedar akan pentingnya sikap ini, maka syukurilah nikmat kurniaan Allah kepada kita baik nikmat lahir atau batin.

Mudah-mudahan dengan berbuat demikian, maka nikmat itu akan kekal berterusan bersama kita dan hidup kita pula akan mendapat keredaan Allah baik di dunia atau akhirat.

sumber : mari bersyukur